Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Kenapa? Berbagai-bagai sebab boleh saya tuliskan di sini, tapi bila difikirkan balik, semuanya adalah alasan semata-mata. Kesian guru saya Pn. Zaila Muhammad yang begitu bersemangat mengajar saya, tetapi saya sebagai anak murid tidak mempraktikkan apa yang diajar. Minta maaf ya cikgu.
Sebenarnya sewaktu saya menyepikan diri tu, saya menjalankan perniagaan offline menjual biskut raya. Saya mendapat tawaran untuk masuk menjual biskut raya di kilang tempat saya bekerja sebelum ini. Sewaktu tawaran itu sampai, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bekalan biskut pun. Tapi Alhamdulillah, rezeki kurniaan Ilahi, saya berjaya juga mendapatkan stok walaupun cuma ada dua minggu sahaja lagi sebelum Hari Raya. Lagipula jiran sebelah rumah saya memang membuat perniagaan biskut raya. Saya cuma perlu merundingkan tentang harga sahaja. Lihat gambar untuk contoh-contoh biskut raya......
Sebenarnya banyak jenis lagi yang ada. Saya ambil 18 jenis semua. Ada yang laris macam goreng pisang panas, ada yang agak slow pada mulanya, sebab pelanggan tidak dapat merasa keenakan biskut-biskut tersebut. Jadi apa yang saya buat ialah memberikan sampel kepada rakan-rakan bukan Islam merasa biskut-biskut tersebut. Bila diaorang rasa, barulah 'jalan' berbagai jenis biskut yang lain, sebab diaorang dapat memberitahu rakan-rakan yang berpuasa bahawa biskut-biskut tu memang sedap. Saya juga ada menjual biskut yang dibuat oleh kakak saya iaitu samperit (dahlia), kuih loyang (bunga ros) dan tart nenas. Alhamdulillah, semuanya laris belaka.
Nah, Raya dah berlalu. Perniagaan biskut dah berlalu...jadi apa yang nak dibuat sekarang? Itulah soalan kawan-kawan dan isteri saya. Saya akan teruskan dengan Kedai Makanan Sunnah Online Cawangan Utara dan saya akan tambahkan satu lagi bisnes iaitu tudung dan busana wanita. InsyaAllah akan dilancarkan secepat mungkin. Tunggulah!!
Sekian dulu buat kali ini. Saya akan bersiaran lagi secepat mungkin.
Wassallam.
1 comment:
tahniah! tahun depan bolehlah buat biz lagi:)
Post a Comment