Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Kenapa? Berbagai-bagai sebab boleh saya tuliskan di sini, tapi bila difikirkan balik, semuanya adalah alasan semata-mata. Kesian guru saya Pn. Zaila Muhammad yang begitu bersemangat mengajar saya, tetapi saya sebagai anak murid tidak mempraktikkan apa yang diajar. Minta maaf ya cikgu.
Sebenarnya sewaktu saya menyepikan diri tu, saya menjalankan perniagaan offline menjual biskut raya. Saya mendapat tawaran untuk masuk menjual biskut raya di kilang tempat saya bekerja sebelum ini. Sewaktu tawaran itu sampai, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bekalan biskut pun. Tapi Alhamdulillah, rezeki kurniaan Ilahi, saya berjaya juga mendapatkan stok walaupun cuma ada dua minggu sahaja lagi sebelum Hari Raya. Lagipula jiran sebelah rumah saya memang membuat perniagaan biskut raya. Saya cuma perlu merundingkan tentang harga sahaja. Lihat gambar untuk contoh-contoh biskut raya......
Sebenarnya banyak jenis lagi yang ada. Saya ambil 18 jenis semua. Ada yang laris macam goreng pisang panas, ada yang agak slow pada mulanya, sebab pelanggan tidak dapat merasa keenakan biskut-biskut tersebut. Jadi apa yang saya buat ialah memberikan sampel kepada rakan-rakan bukan Islam merasa biskut-biskut tersebut. Bila diaorang rasa, barulah 'jalan' berbagai jenis biskut yang lain, sebab diaorang dapat memberitahu rakan-rakan yang berpuasa bahawa biskut-biskut tu memang sedap. Saya juga ada menjual biskut yang dibuat oleh kakak saya iaitu samperit (dahlia), kuih loyang (bunga ros) dan tart nenas. Alhamdulillah, semuanya laris belaka.
Nah, Raya dah berlalu. Perniagaan biskut dah berlalu...jadi apa yang nak dibuat sekarang? Itulah soalan kawan-kawan dan isteri saya. Saya akan teruskan dengan Kedai Makanan Sunnah Online Cawangan Utara dan saya akan tambahkan satu lagi bisnes iaitu tudung dan busana wanita. InsyaAllah akan dilancarkan secepat mungkin. Tunggulah!!
Sekian dulu buat kali ini. Saya akan bersiaran lagi secepat mungkin.
Wassallam.
Cerita Hati Si Lelaki
Cita-cita Dan Harapan Menjadi Matlamat. Ingin Kaya? Ingin Berjaya? Itulah Persoalan hidup setiap Individu Ada Yang Berkata Kita tak perlu Kaya untuk mencapai kebahagian hidup. Hmmm... mungkin ada benarnya, tapi hidup boleh menjadi lebih bahagia jika kita mempunyai KEKAYAAN. Istilah KAYA bukanlah merujuk kepada hartabenda semata.....Renungkanlah! Segalanya adalah kurnia dariNya. Kita sebagai hambaNya hanya berusaha mencari keredhaanNya.
Monday, 19 August 2013
Sunday, 21 July 2013
Pencegahan Penyakit Melalui Pengambilan Makanan Sunnah
Pencegahan Penyakit Melalui Pengambilan Makanan Sunnah
1. Air zam-zam
2. Habbatusauda
3. Tamar
4. Cuka kurma
5. Madu
6. Susu kambing
7. Kismis
8. Badam
9. Cuka Epal
10. Minyak Zaitun
11. Delima
12. Makanan halal dan berkat
Sumber: Ebook Sihat Cara Rasulullah.
1. Air zam-zam
2. Habbatusauda
3. Tamar
4. Cuka kurma
5. Madu
6. Susu kambing
7. Kismis
8. Badam
9. Cuka Epal
10. Minyak Zaitun
11. Delima
12. Makanan halal dan berkat
Sumber: Ebook Sihat Cara Rasulullah.
Buah Dari Syurga
Mari mengenal buah dari syurga, buah yang diceritakan dalam al-quran. Buah yang disarankan dan diamalkan nabi kesayangan kita Muhammad s.a.w. Sudah tentu saranan yang menganjurkan pencegahan penyakit dan amalan kesihatan sepanjang hayat, sesuai untuk seisi keluarga . Rasulullah s.a.w sebaik-baik model dalam amalan kesihatan yang sebenar. Buah Delima atau Ar-Rumman dalam Bahasa Arab disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran (Surah Al-Rahman ayat 68).
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila kamu perlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, kamu perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
Gambar ihsan: generationgreen.tv
Saturday, 20 July 2013
Starting Up as A Blogger
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,Hari ini bermula lembaran baru dalam hidup ku. Well, actually I had said that many times already, starting from the moment I started working until the latest stage where this blog is born. Betul tak? Setiap kali kita ada sesuatu yang baru berlaku, maka itulah masanya kita membuka lembaran baru dalam hidup kita.
Telah lama aku berniat untuk menyertai alam siber ini sebagai seorang blogger, tetapi berbagai 'dugaan'..(well...lebih kepada alasan sebenarnya).. yang menghalang. Kesibukan bekerja, kesibukan membesarkan dua orang puteri dan seorang puteraku, kesibukan mencari pendapatan 'tambahan' kepada apa yang ada sebelum ini, menjadikan keinginan itu diletakkan di tempat yang paling rendah di dalam "priority list" aku. Habis..kenapa tiba-tiba pula awak tu boleh menyertai dunia blogging ini? Mungkin itu soalan anda. Aku juga akan menanyakan soalan yang sama jika berada di tempat anda.
Jawapan kepada soalan itu adalah sekarang aku sudah mempunyai fleksibiliti masa yang selama ini adalah sebaliknya. Juga, aku memaksa diri ini untuk mula belajar bagaimana caranya menulis blog dan mencari pendapatan melalui alam siber ini. Mujurlah ada kelas Asas Blog dan Page yang dapat membantuku. Terimakasih Mentorku Puan Zaila Mohamad di atas pengajaran yang telah, sedang dan akan diberikan kepadaku.
Anda tentu tertanya-tanya, siapakah aku yang ingin menceburi bidang ini? Aku bukan selebriti, aku juga bukan VVIPs. Aku hanyalah insan biasa yang ingin menulis untuk menyatakan rasa hatiku kepada anda semua. Jika anda sedia membaca, aku gembira, tetapi jika anda tidak mahu membacanya, maka aku juga gembira kerana dapat meluahkan apa yang aku rasakan. Sekurang-kurangnya apa yang terbuku di hati ini dapat aku lepaskan.
Umurku akan mencapai 47 tahun pada penghujung tahun ini. Aku telah berumahtangga selama 19 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pertemuanku dengan isteriku bermula di tempat kerja dan kami menjadi kawan dan seterusnya bertunang dan berkahwin pada 4hb Jun 1994. Puteriku yang pertama yang kunamakan Rabiatul Adawiyah telah lahir pada bulan May 1995. Namanya yang telah kusimpan sejak aku di Tingkatan Lima lagi adalah mengambil sempena nama seorang wanita yang telah dijanjikan Allah dengan SyurgaNya semasa didunia lagi. Puteriku yang kedua ialah Anis Athiqah yang lahir pada Disember 1997. Manakala satu-satunya puteraku ialah Muhammad Hazeeq Asyraf yang dilahirkan pada bulan Ogos 2000.
Pada masa ini, apa yang amat diperlukan ialah supaya usaha untuk menceburi bidang siber ini berjaya memberikan apa yang aku kehendaki, iaitu mendatang pendapatan kepadaku. Aku tiada jalan lain melainkan berjaya dalam bidang ini. "No ifs, ands or buts about it. That is how desparate a situation I am in at the moment". Semenjak 'kehilangan' pekerjaan ini, aku bergantung sepenuhnya kepada orang yang tersayang untuk menyaraku. Memang dia yang terbaik. Tiada pernah dia merungut dengan apa yang berlaku, tapi aku mesti melaksanakan tanggungjawabku untuk menyara keluarga. Itu adalah tugasku sebagai Ketua Keluarga.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar Kau restuilah usahaku kali ini Ya Allah.
Hanya padaMu aku serahkan segalanya.
Sekian sahaja coretanku untuk kali ini. Tunggulah coretan-coretanku yang akan datang InsyaAllah. Sehingga berjumpa lagi.
Wassallam. Adios Amigos y Amigas.
Subscribe to:
Posts (Atom)